Tuesday, July 27, 2010

PENGENALAN

TAIPING BANDAR WARISAN

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum tahun 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.


Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam Mandarin. Nama ini tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.




LOKASI DAN MUKA BUMI

Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur. Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar Taiping merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.


SEJARAH TAIPING


Pada tahun 1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Manakala pada tahun itu juga iaitu tahun 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875. Pada tahun 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.



Pada tahun 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak. Ini adalah kerana pada waktu itu lapangan terbang yang pertama di Perak diadakan di Taiping, pada waktu itu telah dibuat rancangan untuk memindahkan pusat pentadbiran ke Ipoh yang jauh lebih maju dari segi perkembangan ekonomi. Perpindahan itu mula-mula dicadangkan oleh Pesuruhjaya Tinggi (Hugh Clifford) sendiri di Majlis Persekutuan pada tahun 1927 tetapi tiada tindakan diambil sehingga tahun 1937. Rancangannya ialah untuk melakukan perpindahan itu dengan beransur-ansur dalam jangka masa tujuh tahun.




Apabila kedengaran berita tentang cadangan perpindahan itu satu golongan penduduk Taiping - mereka yang berpelajaran Inggeris telah menyuarakan bantahannya. Untuk menjadikan suara mereka lebih lantang mereka telah menerbitkan sebuah akhbar Taiping Weekly Record. Penduduk Ipoh yang mendesak supaya perpindahan itu dilakukan sebenarnya mempunyai akhbar juga untuk menyuarakan pendapat mereka; akhbar itu ialah Times of Malaya. Yang memainkan peranan utama dalam penerbitan akhbar Taiping itu ialah Yeoh Teng Khoo, seorang guru, juga ahli sukan yang terkenal.




Penduduk Taiping berpendapat bahawa di Taipinglah mula-mula diletakkan asas pemerintahan yang tersusun, perniagaan yang makmur serta kedamaian di antara berbagai kaum. Justeru itu Taiping adalah bandar yang terkanan; memang sesuailah ia dijadikan ibu kota negeri Perak. Taiping, bahkan dianggap sebagai suatu carta melambangkan kedamaian yang menjadi punca kemakmuran dan kemakmuran adalah alasan yang ditonjolkan oleh penduduk lpoh yang mendesak supaya pusat pentadbiran dipindah ke situ. Ipoh, menurut penduduk Taiping, walaupun besar dan penting, tiada hak dari segi perlembagaan, sejarah atau ekonomi untuk menjadi bandaraya pertama di Perak. Kekayaan Ipoh adalah terbatas kerana lambat laun pengeluaran bijih timah akan merosot.




Selain daripada akhbar Taiping Weekly Record, ahli-ahli Majlis Negeri yang berasal dari Taiping seperti Toh Eng Hoe dan Dr. Saw Ah Choy juga berkali-kali terlibat di dalam perbahasan mengenai isu itu. Tetapi kesemua bantahan itu tidak berhasil. Perang Dunia II tidak juga melambatkan perpindahan yang telah bermula pada 1937. Bila tamat sahaja zaman Pendudukan Jepun, iaitu lapan tahun sejak tahun 1937, pusat pentadbiran tetap dipindah ke Ipoh. Taiping menjadi bandar yang kedua pentingnya di Perak sehingga hari ini. Peninggalan-peninggalan daripada zaman Taiping menjadi ibu kota masih ada. Yang sudah lapuk kerana telah lama tidak digunakan lagi ialah jalan keretapi Taiping - Port Weld. Taiping kini menjadi tempat persinggahan penting keretapi Kuala Lumpur - Butterworth tetapi stesen keretapi di Port Weld sama sekali tidak dijaga dan ada dalam keadaan kopak-kapek. Peninggalan yang masih berfungsi ialah penjara yang pernah menjadi penjara utama di Tanah Melayu. Pada suatu ketika dahulu penjenayah yang menjalani hukuman lebih daripada satu tahun dikurungkan di penjara Taiping.



Bangunan-¬bangunan lain yang sehingga akhir-akhir ini masih ada dan melambangkan kedudukan luhur Taiping dahulu termasuklah Residensi dan pejabat-pejabat Kerajaan.
Taiping masih mempunyai kemudahan-kemudahan untuk sukan yang tidak terdapat di bandar-bandar lain di Perak kecuali Ipoh seperti stadium dan kolam berenang serta tempat-tempat untuk beristirehat seperti Bukit Maxwell dan tasik. Mungkin yang paling penting Taiping mempunyai sejarah yang menarik yang sepatutnya ditonjolkan kerana Taiping pada suatu waktu dahulu adalah bandar utama di Semenanjung Tanah Melayu.




DESTINASI MENARIK DAN BANGUNAN BERSEJARAH






MUZIUM PERAK



Di daerah ini terdapat 2 Muzium yang boleh dilawati iaitu Muzium Perak Di Taiping dan Muzium Sejarah Matang. Di dalam bangunan Muzium ini terdapat artifak-artifak sejarah yang dijumpai di negeri ini khususnya di dalam aktiviti perlombongan.
Pengunjung-pengunjung boleh melawat seperti yang dinyatakan :
Setiap hari dari 9.00 pagi - 5.00 petang
Bayaran Masuk
Percuma
Pegawai untuk dihubungi
Pn. Zairul Hida - Penolong Kurator

Kemudahan Pengangkutan

Dengan menghubungi teksi di talian +605 808 1697 atau +6019 569 6182
Pengunjung juga boleh menaiki bas dari Stesyen Bas Taiping.

BUKIT LARUT



Bukit Larut di Taiping adalah stesen bukit tertua Malaysia dan penubuhan nya adalah pada tahun 1884. Sebelum itu bukit ini dikenali sebagai Bukit Maxwell Hill. Kedudukan Bukit Larut adalah terletak sekitar 1250m di atas permukaan laut. Maka tidak hairan lah bandar Taiping ini terletak di bahagian paling basah di dalam negara ini, ini adalah kerana stesen bukit ini mengalami curah hujan tertinggi di negeri ini pada setiap tahun.


Keadaan disini amat sederhana dengan keadaan yang nyaman di samping itu juga terdapat juga tempat penginap untuk pengunjung yang ingin menginap disini. Untuk mendaki puncak bukit ini memerlukan sebuah jip four-wheel drive. Ini adalah kerana kenderaan peribadi tidak dibenarkan masuk oleh penguatkuasa Bukit Larut. Perkhidmatan Jeep ini bermula setiap jam 7:00 pagi hingga 06:00 petang. Perjalanan hanya memakan masa 30 minit untuk sampai di jalan lengkungan dan selekoh yang tajam yang menghampiri kawasan yang curam sehinggalah sampai ke puncak. Sewaktu perjalanan ke puncak pengunjung dapat melihat panorama hutan yang indah tanpa dicemari oleh aktivi yang tidak sepatutnya.


ZOO TAIPING


Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.

Sejarah

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambil kira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.

Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, burung kuak dan banyak lagi.



Night Safari
Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu) .



PETA ZOO TAIPING
Pameran yang disediakan di ZOO ini
1. Restoran / Bangunan Seminar
2. Tandas Awam
3. Gorilla
4. Pameran Primate
5. Kong Kang
6. Chimpanzee
7. Lemur Perang
8. Lemur Ekor Gelang
9. Siamang
10. Ungka Tangan Putih
11. Ikan Arapaima
12. Cadangan Pameran Mamalia Kecil
13. Binturong
14. Kambing Gurun
15. Rusa Ubi
16. Babi Hutan
17. Babi Jokut
18. Pelanduk
19 Singa Afrika
20. Landak Raya
21. Serigala / Anjing Liar
22. Rusa Bawean
23. Cadangan Taman Reptilia
24. Rumah Ular
25. Mamalia Kecil
26. Tandas Awam
27. Pusat Rekreasi
28. Taman Permainan Kanak-kanak
29. Arnab dan Burung Cinta
30. Zoo Kafeteria
31. Ungka Tangan Putih
32. Kasuari
33. Rusa Asia & Antelop (Rusa Axis, Nilghai)
34. Pameran Savana Afrika
35. Aviari
36. Harimau Kumbang
37. Fauna Australia (Kanggaroo Merah, Emu, Swan Hitam, Angsa Magpie, Hik Radjah)
38. Burung Air Lepas Bebas (Swan, Burung Kuak)
39. Badak Sumbu Putih, Hartebees Merah
40. Badak Tampung, Kijang, Pelanduk
41. Badak Air
42. Gajah, Rusa Babi
43. Hospital Haiwan,
44. Dapur,
45. Bengkel Kuarantin
BANGUNAN SEKOLAH LAMA

SK KING EDWARD VII(1) TAIPING

Apabila memperkatakan tentang perkembangan Sistem Pendidikan Negara, maka secara tidak langsung nama Sekolah King Edward VII(1) Taiping tentunya tercatat sebagai salah sebuah Sekolah Inggeris atau Sekolah Premier yang pertama ditubuhkan di negara ini iaitu pada tahun 1883.

Sekolah ini telah mencapai usia yang cukup teruja dan telah mengadakan Sambutan 125 Tahun pada tahun 2008, disamping terus mengekalkan identiti dan bangunannya telah digajet sebagai Bangunan Warisan.

Kehebatan sekolah ini terserlah dengan melahirkan ramai tokoh-tokoh negarawan dalam bidang pendidikan, sukan, ahli-ahli koporat, seniman dan sebagainya. Alumni dengan gelaran ‘OLD EDWARDIAN’ dan jeritan ‘ROAR’ yang sentiasa menaikkan semangat warga KE. Di samping itu juga, warna merah hitam yang sinonim dengan nama KE tentunya merupakan etos yang tersendiri yang tidak terdapat pada sekolah-sekolah lain.

TAMAN TASIK TAIPING

Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan tasik ini mencapai hingga 62 hektar.


Kemudahan

  • Balapan
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Bulatan kasut roda
  • Kayak dan bot (Berbayar)
  • Tandas awam

AIR TERJUN



Di Taiping terdapat banyak tempat untuk bermandi-manda. Antara tempat yang menarik untuk bermandi adalah di Burmese Pool di Taiping berdekatan dengan Bukit Larut, Air Terjun Taman Suria berdekatan dengan Telekom Taiping dan Air Terjun Bukit Jana iaitu di Kamunting.



PASAR MARKET LAMA


Pasar ini salah satu bangunan lama yang dibina pada tahun 1884, yang mempunyai 2 bangunan di mana bangunan yang baru di bina pada tahun 1885 dengan keluasan 200 kaki panjang dan 60 kaki lebar dan lantai konkrit, pasar ini juga dianggap unik kerana senibinanya yang berasaskan kayu pada seluruh rangka dan dinding. Pasar lama ini juga merupakan contoh binaan pasar yang paling besar masa abad 19.


LAIN-LAIN

Selain dari pada itu juga boleh dikatakan hampir seluruh bandar Taiping ini mempunyai bangunan lama yang bercirikan pengaruh Inggeris. Bawah ini adalah antara bangunan lama yang masih kukuh di Taiping iaitu Bangunan Pejabat Pos, Menara Jam Loceng dan lain-lain



OLEH ITU SELAMAT DATANG KE BANDAR WARISAN TAIPING YANG INDAH LAGI PERMAI. INI ADALAH KERANA KEINDAHAN YANG MENJANJIKAN KEDAMAIAN YANG SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA DAN MASYARAKAT.

TEMPAT PENGINAPAN DI TAIPING



Hotel Flemington di antara salah satu hotel kontemporari yang terletak di Taiping, Perak. Terletak , di persimpangan kota warisan Taiping dan zon industri Taiping. Selain itu jarak perjalanan dr hotel ini hanya mengambil masa 10 minit dari kawasan komersial dan pusat riadah, hotel ini hanya 5 minit dari tempat-tempat menarik lagi terbaik di daerah Larut Matang dari Perak antaranya adalah "Taiping Lake ', Maxwell Hill, kubur peringatan perang Inggeris dan Muzium Perak




Hotel SSL Traders

SSL Traders Hotel adalah hotel butik kontemporari mengesankan ditata di Taiping, Perak.Terletak di Jalan Kamunting Lama, di persimpangan kota warisan Taiping dan zon industri Kamunting's.
Selain kemudahan hanya 10 minit dari kawasan komersial dan industri besar, hotel ini hanya 5 minit dari tempat-tempat wisata terbaik di daerah Larut Matang dari Perak.Dikelilingi oleh persembahan tak ternilai dan berlimpah eko pelancongan, 'harus-lihat' untuk melawat tempat-tempat terkenal adalah "Taiping Lake ', Maxwell Hill, kubur peringatan perang Inggeris dan muzium Perak.


Hotel Panorama


Taiping adalah campuran dari lingkungan lama dan baru, unik menarik ekstrim keindahan dan ketenangan dan paling indah dari sebuah bandar yang damai penuh sejarah.Panorama Hotel terletak tepat di jantung pusat membeli-belah Taiping admist, department store dan supermarket, Panorama Hotel tetamu menawarkan rumah yang jauh dari rumah.Kami juga menawarkan kemudahan seperti persidangan, rumah kopi, ruang tamu dengan kumpulan yang masuk akal sehari-hari.Hotel ini terletak di jantung kota dengan 80 bilik, adalah karpet dinding ke dinding dan terpusat ber-AC.



Taiping Golf Resort


Dalam perjalanan ke utara di tengah-tengah flora dan fauna Malaysia yang mulia, terletak di Taiping Golf Resort, sebuah resort bintang 3 golf katering untuk pegolf.The Taiping Golf Resort di Perak, wilayah utara Semenanjung Malaysia duduk anggun di kaki bukit terawat di tengah-tengah taman tropika dan kolam teratai idilis dikelilingi oleh flora dan fauna memberikan ketenangan damai dengan sentuhan elegan.

The Taiping Golf Resort di Perak, wilayah utara Semenanjung Malaysia adalah mudah diakses sebagai hanya 10-minit memandu dari Utara Selatan Highway.Sebelumnya dikenali sebagai Jana Bukit Golf & Country Club, hutan lebat Bukit Jana mempunyai melihat bukit yang megah diri. Cara terbaik untuk sampai ke Taiping Golf Resort di Perak utara, wilayah Semenanjung Malaysia akan dengan kereta sebagai kelajuan yang jauh terpencil dari bandar tersebut maka pandangan yang luar biasa dari tanaman hijau subur.

TEMPAT MAKANAN MENARIK DI TAIPING





Bandar Taiping juga merupakan tempat dimana banyak makanan yang enak dan sedap yang tiada di jual di daerah lain . Ini adalah kerana campuran dan warisan penduduk yang lama telah menetap di daerah ini menjadikan banyak makanan yang menarik di jual disini. Diantara makanan yang menjadi tumpuan disini adalah :


  • Cendol

  • Sup daging

  • Koew Teow goreng

  • Char Koew Teow

  • Yong Tau Foo

  • Tom Yam

  • Roti Canai
  • Mee Udang Matang

  • Satay Kajang

  • Laksa

  • Chapati

  • Rojak
  • Pasembor

PENGANGKUTAN KE DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA


Perjalanan ke Daereh Larut Matang Dan Selama ini amat mudah sekali kerana kemajuan jaringan pengangkutan di daerah ini boleh dikatakan agak maju. Ini adalah kerana daerah ini telah dihubungkan dengan lebuhraya utara - selatan.

Jikalau pelancong yang datang dari selatan perlulah keluar melalui Plaza Tol Changkat Jering. Manakala pelancong dari utara perlulah keluar melalui Tol Kamunting. Hanya dengan menaiki kereta, teksi atau pun bas. Manakala pelancong yang ingin mengunakan pengangkutan keretapi boleh terus berhenti di Stesen Kereta Taiping salah satu stesen yang terawal di Malaysia.

Perjalanan ke destinasi-destinasi menarik di daerah ini amatlah mudah sekali kerana banyak papan tanda pandu arah yang disediakan untuk memudahkan pelancong tiba ke destinasi yang dikehendaki.