MUZIUM PERAK Di daerah ini terdapat 2 Muzium yang boleh dilawati iaitu Muzium Perak Di Taiping dan Muzium Sejarah Matang. Di dalam bangunan Muzium ini terdapat artifak-artifak sejarah yang dijumpai di negeri ini khususnya di dalam aktiviti perlombongan.
Pengunjung-pengunjung boleh melawat seperti yang dinyatakan :
Setiap hari dari 9.00 pagi - 5.00 petang
Bayaran Masuk
Percuma
Pegawai untuk dihubungi
Pn. Zairul Hida - Penolong Kurator
Kemudahan Pengangkutan
Dengan menghubungi teksi di talian +605 808 1697 atau +6019 569 6182
Pengunjung juga boleh menaiki bas dari Stesyen Bas Taiping.
BUKIT LARUT
Bukit Larut di Taiping adalah stesen bukit tertua Malaysia dan penubuhan nya adalah pada tahun 1884. Sebelum itu bukit ini dikenali sebagai Bukit Maxwell Hill. Kedudukan Bukit Larut adalah terletak sekitar 1250m di atas permukaan laut. Maka tidak hairan lah bandar Taiping ini terletak di bahagian paling basah di dalam negara ini, ini adalah kerana stesen bukit ini mengalami curah hujan tertinggi di negeri ini pada setiap tahun.
Keadaan disini amat sederhana dengan keadaan yang nyaman di samping itu juga terdapat juga tempat penginap untuk pengunjung yang ingin menginap disini. Untuk mendaki puncak bukit ini memerlukan sebuah jip four-wheel drive. Ini adalah kerana kenderaan peribadi tidak dibenarkan masuk oleh penguatkuasa Bukit Larut. Perkhidmatan Jeep ini bermula setiap jam 7:00 pagi hingga 06:00 petang. Perjalanan hanya memakan masa 30 minit untuk sampai di jalan lengkungan dan selekoh yang tajam yang menghampiri kawasan yang curam sehinggalah sampai ke puncak. Sewaktu perjalanan ke puncak pengunjung dapat melihat panorama hutan yang indah tanpa dicemari oleh aktivi yang tidak sepatutnya.
ZOO TAIPING
Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.
Sejarah
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambil kira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, burung kuak dan banyak lagi.
Night Safari
Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu) .
PETA ZOO TAIPING
Pameran yang disediakan di ZOO ini
1. Restoran / Bangunan Seminar
2. Tandas Awam
3. Gorilla
4. Pameran Primate
5. Kong Kang
6. Chimpanzee
7. Lemur Perang
8. Lemur Ekor Gelang
9. Siamang
10. Ungka Tangan Putih
11. Ikan Arapaima
12. Cadangan Pameran Mamalia Kecil
13. Binturong
14. Kambing Gurun
15. Rusa Ubi
16. Babi Hutan
17. Babi Jokut
18. Pelanduk
19 Singa Afrika
20. Landak Raya
21. Serigala / Anjing Liar
22. Rusa Bawean
23. Cadangan Taman Reptilia
24. Rumah Ular
25. Mamalia Kecil
26. Tandas Awam
27. Pusat Rekreasi
28. Taman Permainan Kanak-kanak
29. Arnab dan Burung Cinta
30. Zoo Kafeteria
31. Ungka Tangan Putih
32. Kasuari
33. Rusa Asia & Antelop (Rusa Axis, Nilghai)
34. Pameran Savana Afrika
35. Aviari
36. Harimau Kumbang
37. Fauna Australia (Kanggaroo Merah, Emu, Swan Hitam, Angsa Magpie, Hik Radjah)
38. Burung Air Lepas Bebas (Swan, Burung Kuak)
39. Badak Sumbu Putih, Hartebees Merah
40. Badak Tampung, Kijang, Pelanduk
41. Badak Air
42. Gajah, Rusa Babi
43. Hospital Haiwan,
44. Dapur,
45. Bengkel Kuarantin
BANGUNAN SEKOLAH LAMA
SK KING EDWARD VII(1) TAIPING
Apabila memperkatakan tentang perkembangan Sistem Pendidikan Negara, maka secara tidak langsung nama Sekolah King Edward VII(1) Taiping tentunya tercatat sebagai salah sebuah Sekolah Inggeris atau Sekolah Premier yang pertama ditubuhkan di negara ini iaitu pada tahun 1883.
Sekolah ini telah mencapai usia yang cukup teruja dan telah mengadakan Sambutan 125 Tahun pada tahun 2008, disamping terus mengekalkan identiti dan bangunannya telah digajet sebagai Bangunan Warisan.
Kehebatan sekolah ini terserlah dengan melahirkan ramai tokoh-tokoh negarawan dalam bidang pendidikan, sukan, ahli-ahli koporat, seniman dan sebagainya. Alumni dengan gelaran ‘OLD EDWARDIAN’ dan jeritan ‘ROAR’ yang sentiasa menaikkan semangat warga KE. Di samping itu juga, warna merah hitam yang sinonim dengan nama KE tentunya merupakan etos yang tersendiri yang tidak terdapat pada sekolah-sekolah lain.
TAMAN TASIK TAIPING
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan tasik ini mencapai hingga 62 hektar.
Kemudahan
- Balapan
- Taman permainan kanak-kanak
- Bulatan kasut roda
- Kayak dan bot (Berbayar)
- Tandas awam
AIR TERJUN
Di Taiping terdapat banyak tempat untuk bermandi-manda. Antara tempat yang menarik untuk bermandi adalah di Burmese Pool di Taiping berdekatan dengan Bukit Larut, Air Terjun Taman Suria berdekatan dengan Telekom Taiping dan Air Terjun Bukit Jana iaitu di Kamunting.
PASAR MARKET LAMA
Pasar ini salah satu bangunan lama yang dibina pada tahun 1884, yang mempunyai 2 bangunan di mana bangunan yang baru di bina pada tahun 1885 dengan keluasan 200 kaki panjang dan 60 kaki lebar dan lantai konkrit, pasar ini juga dianggap unik kerana senibinanya yang berasaskan kayu pada seluruh rangka dan dinding. Pasar lama ini juga merupakan contoh binaan pasar yang paling besar masa abad 19.
LAIN-LAIN
Selain dari pada itu juga boleh dikatakan hampir seluruh bandar Taiping ini mempunyai bangunan lama yang bercirikan pengaruh Inggeris. Bawah ini adalah antara bangunan lama yang masih kukuh di Taiping iaitu Bangunan Pejabat Pos, Menara Jam Loceng dan lain-lain
OLEH ITU SELAMAT DATANG KE BANDAR WARISAN TAIPING YANG INDAH LAGI PERMAI. INI ADALAH KERANA KEINDAHAN YANG MENJANJIKAN KEDAMAIAN YANG SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA DAN MASYARAKAT.